26 Mei 2023 | Jumaat
Hari ini telah berlangsung Majlis Aku Janji Calon-calon SPM dan STPM bagi tahun 2023. Majlis dirasmikan oleh En. Misbahuddin bin Rida, YDP PIBG SMK Agama Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah pembentangan target SPM dan STPM dan perancangan program kecemerlangan oleh Pn. Pengetua, Ustazah Shofriza Washlaini binti Md. Iyen. Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kepada calon-calon SPM dan STPM pada tahun ini untuk menempuh peperiksaan yang bakal tiba.
#SeMaraQSMAKKHebat