Berita Terkini

Berita Terkini

          • MAJLIS AKU JANJI CALON-CALON SPM DAN STPM 2023

          • 26 Mei 2023 | Jumaat

             

            Hari ini telah berlangsung Majlis Aku Janji Calon-calon SPM dan STPM bagi tahun 2023. Majlis dirasmikan oleh En. Misbahuddin bin Rida, YDP PIBG SMK Agama Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah pembentangan target SPM dan STPM dan perancangan program kecemerlangan oleh Pn. Pengetua, Ustazah Shofriza Washlaini binti Md. Iyen. Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kepada calon-calon SPM dan STPM pada tahun ini untuk menempuh peperiksaan yang bakal tiba.

             

            #SeMaraQSMAKKHebat

          • SAMBUTAN MAJLIS TAUTAN UKHUWAH AIDILFITRI & HARI GURU SMK AGAMA KOTA KINABALU 2023

          • 19 Mei 2023 | Jumaat

            Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru peringkat SMKA Kota Kinabalu telah diadakan pada hari ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ucapan wakil pelajar, acara memotong kek dan penyampaian hadiah penghargaan. Majlis disambut dengan penuh meriah dan ceria oleh seluruh warga sekolah, ibu-bapa dan juga alumni yang turut hadir memeriahkan majlis.

             

            #Guru Insani, Pemangkin Generasi Madani

             

            Video kemeriahan sambutan majlis boleh ditonton melalui pautan Facebook berikut :